Hadith – Pahala Jumaat dan meninggalkan perkara yang melalaikan

August 22nd, 2011 § Leave a Comment

Dari Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw. bersabda:

Barangsiapa berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk kemudian pergi untuk menunaikan sembahyang Jumaat dan mendengar khutbah dengan penuh perhatian dan diam, akan diampunkan di antara Jumaat itu hingga Jumaat yang akan datang dan ditambahkan dengan tiga hari, dan barangsiapa mencarik-carik tikar atau batu kerikil (bermain-main ketika khutbah dibacakan), maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang sia-sia.

[Muslim 1988] [1]

______________
Nota:
[1] Muntakhab Ahadith, hlm.207.

Hadith – Jadilah kamu ahli ilmu

August 14th, 2011 § Leave a Comment

Dari Abu Bakar ra. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw. bersabda:

Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu.

[at-Tabarani 1/328] [1]

___________________
Nota;
[1] Muntakhab Ahadith, hlm.308.

Where Am I?

You are currently browsing the Hadith category at Halaqat-u Ta'aleem.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.